agar-agar koktel




satu tin koktel
satu tin susu cair
gula halus secukupnya (boleh lebih kalau nak manis)
sepeket agar-agar tali (35gm)
5 cawan air


- masukkan air, agar2 bersama susu cair, kacau sebati dan biar 
  sehingga didih
- masukkan sirap koktel (air dalam tin koktel )
- masukkan gula. kacau lagi dan sehingga mendidih
- tapiskan cairan tersebut dan masukkan ke dalam bekas yang sudah
  di letakkan buah2an koktel
- sejukkan dan masukkan ke dalam peti ais
- terbalikkan untuk nampak cantik dan sedia untuk dimakan.potong
  dulu sebelum dihidang!


cucur kentang ikan bilis




2 cawan tepung gandum
ikan bilis ditumbuk               
2 ulas bawang merah dihiris halus
1 biji kentang dipotong dadu
sedikit lada hitam
1 biji telur
air secukupnya
garam dan gula secukupnya
sedikit serbuk kunyit




1) Gaul semua bahan dan bersedia untuk menggoreng! :)

Donut

150 g tepung halus
100 g tepung gandum
20 g gula kastor
20 g mentega
1 sudu kecil yis kering
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil pelembut roti
140 ml susu segar
gula icing


          - Masukkan tepung gandum, tepung halus, gula dan garam ke dalam mangkuk
           - Kacau hingga rata
           - Tuangkan susu dan yis. Kacau


           -  Masukkan mentega. Kacau sehingga sekata
           - Masukkan esen vanila, pelembut roti dan serbuk penaik
           - Keluarkan untuk diuli sehingga tak lekat pada tangan
           - Bentukkan bulat dan masukkan kembali ke dalam mangkuk
           - Tutupkan dengan kain lembap dan biarkan seketika untuk menaikkan doh
             sebanyak 2 kali ganda
           - Canaikan dan bahagikan kepada beberapa bahagian
           - Bentukkan bulat atau ikut citarasa anda. buat lubang di tengah dengan 
              jari.
           - Tutup dengan kain kering dan biarkan seketika untuk menaikkan lagi 
             donut 1.5 kali ganda
            - Goreng donut dengan api yang perlahan
           - Taburkan / golekkan dengan gula ising.
           - Nikmati donut anda semasa masih panas. heaven! :)

Sumber : My Resipi.com dan dicampur adunan sendiri :)                                     

                                        
 






Makaroni Bakar





 4 ulas bawang merah
 2 ulas bawang putih
 2 sudu besar rempah kari daging
 1 paket makaroni
 1 paket 'mixed vegetables'
 daging 
 ayam
 udang
 8 biji telur
 garam secukup rasa
 daun sup, daun bawang
 sos tomato, cili
 bawang goreng

  - Rebus makaroni sehingga betul-betul kembang dan lembut. Toskan sehingga kering.
  - Bawang merah, bawang putih ditumis berserta rempah daging yang dah dilarutkan dengan air.
  - Masukkan daging, udang, ayam yang dah dicincang halus.
  - Tambah air jika perlu dan tunggu sehingga pecah minyak.
  - Masukkan garam secukup rasa.
  - Masukkan makaroni
  - Masukkan mixed vege
  - Masukkan ke dalam bekas untuk dibakar.
  - Masukkan telur 
  - Bakar dengan suhu 200 C selama 25 minit
  - Setelah dibakar, ratakan sos dan hiaskan dengan daun  
     sup, daun bawang dan bawang
     goreng.

  Selamat mencuba.Simple dan semestinya sedap! :)